
PERTANDINGAN DOODLE
CARA UNTUK MENYERTAI:
Lukis doodle anda dengan perkataan ‘KARNIVAL JPA’ wajib ditulis dalam lukisan tersebut.
Pilih salah satu ayat di bawah dan masukkan juga dalam lukisan doodle iaitu:
Malaysiaku Tercinta
Sayangi Malaysiaku
Malaysia Tanah Airku
Anda boleh menghantar seberapa banyak hasil karya – setiap satunya haruslah berlainan dan tidak diulangi (no repeats).
Walaubagaimanapun, hanya SATU hasil karya dari setiap peserta akan dipilih untuk menduduki 5 tempat teratas.
Pastikan nama/tandatangan anda tertera dengan jelas pada karya anda.
Pastikan juga dihelaian belakang lukisan anda diletakkan: NAMA PENUH, NO PENDAFTARAN PELAJAR, NAMA JABATAN, NO IC DAN NO. TELEFON PELAJAR.
Sekiranya mana-mana peserta melanggar syarat-syarat ini, penyertaannya akan dibatalkan dan peserta lain, yang layak, akan dicalonkan.
Semua hasil karya yang telah dihantar akan menjadi hak milik sepenuhnya pihak penganjur.
Pihak penganjur berhak mengeluarkan, menambah, atau meminda sebarang Terma & Syarat pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
Hakim pertandingan akan menilai penyertaan berdasarkan kreativiti, konsep, bakat, dan teknik yang digunakan peserta untuk membuat hasil karya Doodle.
Hakim berhak untuk tidak mengambil kira penyertaan yang bukan dianggap Doodle dari pihak hakim.
Keputusan hakim adalah muktamad, sebarang aduan tidak akan dilayan.
SYARAT PENYERTAAN
Peserta perlu menghasilkan karya doodle yang asli (original) menggunakan kertas bersaiz A4 yang berukuran 21cm x 29.7cm dan dilukis dengan tangan (hand-drawn) menggunakan pen hitam sahaja dan memenuhi sekurang-kurangnya 70% dari kertas tersebut.
Hasil karya menggunakan perisian komputer, aplikasi pengubahsuaian seperti Photoshop, Illustrator, Filter dsb. adalah DILARANG
Peserta dilarang meniru atau mengambil karya hak milik orang lain. Sekiranya pihak penganjur mengenal pasti karya ditiru, penyertaan peserta terbabit akan DIBATALKAN.
Sekiranya dua peserta mengemukakan hasil karya yang sama (identical), pihak penganjur akan menyiasat dan sekiranya tidak dapat dipastikan siapa pemilik asal karya, penyertaan kedua-dua peserta akan dibatalkan.